Dulu Jamal, Sekarang Uncle Kentang Pula Bertuala Kerana Gangguan Bekalan Air! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Dulu Jamal, Sekarang Uncle Kentang Pula Bertuala Kerana Gangguan Bekalan Air!

Sumber gambar dari Kuan Chee Heng
Siapa ingat lagi dengan Jamal Yunos? seorang wakil rakyat yang buat hal depan pejabat SUK Selangor dengan keadaan bertuala tiga tahun dulu akibat gangguan bekalan air. Kini gangguan bekalan berulang kembali, namun kali ini bukan Jamal, tapi aktivis masyarakat yang terkenal sebagai Uncle Kentang. Beliau terpaksa bertuala di R&R lebuhraya KESAS bagi membersihkan diri.

Menurut kenyataan Uncle Kentang, beliau sangat sedih dan terkilan dengan jawapan yang diberikan oleh SYABAS berkaitan isu air yang membelenggu rakyat Selangor khususnya dikawasan lembah Klang. Uncle Kentang menyatakan bahawa sudah 3 hari beliau tidak mandi dan terpaksa membersihkan diri ke kawasan hentian rehat dan rawat untuk berbuat demikian kerana air tangki dirumahnya sudah habis.

Beliau juga menemplak beberapa pemimpin BERSIH yang membisu dari menyuarakan masalah ini setelah mendapat jawatan dalam kerajaan sambil memuat satu gambar di akaun Facebook miliknya. Beliau menambah, sesiapa yang memerlukan bantuan untuk mengangkat air, pihaknya sedia membantu.


Sumber: Sinar Harian dan Kuan Chee Heng

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube





Dikuasakan oleh Blogger.