Selepas 4 Tahun Duda, Datuk Seri Eizlan Sah Bergelar Suami Kepada Gadis 19 Tahun Lebih Muda - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Selepas 4 Tahun Duda, Datuk Seri Eizlan Sah Bergelar Suami Kepada Gadis 19 Tahun Lebih Muda


Wah! Selepas 4 tahun bergelar duda, akhirnya pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof sah bergelar suami kepada seorang wanita bernama Natasha Rossa Boudville di Bora Ombak, Putrajaya dengan sekali lafaz.


Majlis yang berlangsung sederhana itu telah dinikahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kolonel Mohd Ajib Ismalil dengan mas kahwin sebanyak RM80.

Peminat juga dapat menyaksikan live disepanjang majlis pernikahan ini berlangsung di Youtube.


Untuk pengetahuan korang, Eizlan sebelum ini telah berkahwin dengan Vie Shantie Khan pada 2007 dan hanya bertahan selama lapan tahun yang turut dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zara, Zareef Yusof dan Vie Zaara.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.