Tekanan Lagi Buat Ozil, China Keluarkan Mesut Ozil Dari PES2020 - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Tekanan Lagi Buat Ozil, China Keluarkan Mesut Ozil Dari PES2020


Apa lagi yang mereka cuba lakukan? Bagi Ohmedia, apa yang dilakukan China ni, sedikit pun tidak gentarkan hati orang Islam di seluruh dunia. Semua sedia maklum yang kini Ozil sedang teruk dikecam oleh China setelah bintang bola sepak Arsenal itu menaikkan satu status yang menentang penindasan yang dilakukan oleh China terhadap etnik Uighur.

Terbaru, mereka telah bertindak mengeluarkan Mesut Ozil dari permainan video Pro Evolution Soccer (PES) China dan mengeluarkannya daripada ketiga-tiga pertandingan dalam permainan tersebut.

Kerajaan China sebelum ini turut telah menghalang penyiaran semua perlawanan yang melibatkan pasukan Arsenal selepas mendakwa Ozil telah ditutup oleh berita palsu.

Untuk pengetahuan korang, laporan dari hak asasi manusia telah menyatakan bahawa kira-kira 1 juta orang etnik Uighur telah ditangkap dan dikurung dalam sebuah kem di Xinjiang.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.