Restoran Guna Gambar Bruce Lee Selama Lebih 15 Tahun, Anak Perempuan Saman RM94 Juta - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Restoran Guna Gambar Bruce Lee Selama Lebih 15 Tahun, Anak Perempuan Saman RM94 Juta


Ambik korang, ingat boleh buat suka hati ke dekat orang yang dah mati? Penggunaan gambar, video atau apa sahaja yang berkait dengan seseorang terutama mereka yang popular sebenarnya dilarang sama sekali. Baru-baru ini, sebuah syarikat makanan segera China telah disaman anak perempuan kepada mendian Bruce Lee kerana menggunakan imej bintang seni mempertahankan diri tanpa kebenaran mereka.


Kedai yang digelar Real Kungfu itu menggunakan imej ayahnya sebagai logo syarikat mereka dan Shannon Lee dilaporkan telah melakukan saman sebanyak RM94 juta yang dipercayai telah menggunakan imej terbabit selama lebih 15 tahun.


Ini pula alasan yang diberikan syarikat terbabit.

Syarikat telah memohon dan memperoleh kebenaran selepas pemeriksaan ketat oleh agensi cap dagang kebangsaan, kami telah menggunakannya selama 15 tahun. Kami keliru bahawa selepas bertahun-tahun, kini kami dituduh. - Kata pengurus syarikat.

Bagi Ohmedia, jika korang yang berniaga ada menggunakan identiti seseorang tanpa izin, cepat-cepatlah untuk tukar kepada yang lain. Melainkan korang sudah mendapat kebenaran.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.