Akhirnya! Seorang Pemuda Jumpa Ibu Kandung Selepas 17 Tahun Berpisah - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Akhirnya! Seorang Pemuda Jumpa Ibu Kandung Selepas 17 Tahun Berpisah


Siapa je tak suka bila kita jumpa ibu kandung selepas beberapa tahun berpisah kan? Kasih sayang daripada ibu tu memang tak ada siapa boleh jadi penggantinya.

Baru-baru ni, seorang pengguna dari laman Twitter, @chongassh berkongsi kisah kehidupannya bahawa dia dan kakaknya berjumpa semula dengan ibu kandung selepas 17 tahun berpisah.


Menurut @chongassh, dia dan kakaknya diseksa dengan ibu tirinya selama 17 tahun duduk bersama. Alhamdulillah, awak dah jumpa ibu kandung awak dah. Korang bacalah dekat bawah ni dia cakap apa.

She is my mom. After 17 tahun, tak pernah jumpa. Semalam rezeki Tuhan bagi sedangkan saya dan kakak ingat mama dah tak ada. Alhamdulilah, tahun depan raya ada family. 17 tahun hidup kena seksa dengan mak tiri. Paling kesian kakak selalu kena itu ini, tapi kami tak ada tempat nak pergi. Kalau mama ada masa tu kami tak kena macam ni, tapi hari ini mama dah jumpa kami, bahagianya orang rasa. Tahun depan orang dah boleh raya dengan family, Ya Allah orang macam tak pernah tahu yang orang ada mak lagi! Orang nak kasih sayang dari mama, orang jealous tengok orang lain dapat call mak dia, dapat spend time dengan family, dapat call dari mak dia, hari ni keluarga kita dah lengkap. Tahun depan orang taknak lagi ikut kawan orang tumpang raya dengan family diorang, tahun depan kita dapat raya sama-sama! Tadi mama call orang, Ya Allah selama 21 tahun orang hidup! Tak pernah dapat call dari parents! Orang nak semua tu. Selama ni orang selalu cakap, orang berjaya nak tunjuk dekat siapa, orang sakit pun siapa nak jaga, orang penat kerja pun orang tak tahu nak luah dekat siapa, hari ni orang dah boleh share dekat mama, orang dengan akak sayang mama.

Actually my dad and mom tak divorce pun, but my mom lari dari bapak i, so dalam Islam if tak jumpa lebih dari 3 bulan and tak bersetubuh kira dah cerai. Itu yang bapak i pernah cakap, but dunno (don't know) betul ke tak, cuz i pun tak rapat dengan bapak i, masing-masing buat hal masing-masing. But perempuan mana yang boleh tahan dengan lelaki yang kahwin ramai, ofcourse perempuan nak husband dia stick dengan sorang je and loved her for the rest her life. Yeah my dad dah kahwin lebih dari 5, but kahwin cerai, my mom yang ke-4. Bukan nak buka aib bapak sendiri, but i pun faham hati perempuan macam mana. Now my mom single for 14 years dah. Kesian gila tengok my mom! Gaya baju kurung dia sama macam last I jumpa dulu! I just ingat sikit-sikit je. Panjang lagi sebenarnya pasal life aku ni, tapi cukup la hari ni aku dah jumpa ratu hati aku, insyaAllah siapa yang pernah dera kami dulu dan hina kami dulu, semoga aku terbuka hati nak maaf kan.

+ Baca respon pembaca Oh! Media



Oh! Youtube


Dikuasakan oleh Blogger.