Akhirnya Dapat Wakili Negara Di Sukan SEA, Mat Redho Hadiahkan Pingat Perak Untuk Negara - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Akhirnya Dapat Wakili Negara Di Sukan SEA, Mat Redho Hadiahkan Pingat Perak Untuk Negara


Korang masih bersedih dan kecewa ke? Disebalik kekalahan pasukan bolasepak B23 Malaysia tadi, masih ada atlet dan sukan lain yang masih mencipta kejayaan. Paling menarik perhatian Ohmedia hari ni adalah Mat Redho. Pergh, korang ingat lagi tak Mat Redho yang menjadi satu-satunya rakyat Malaysia yang berjaya menjadi juara dalam Ninja Challenge League di Australia tahun lalu.

Jadi apa yang Mat Redho buat dekat Sukan SEA Filipina? Sebenarnya sudah menjadi impian Mohd Redha Razlan untuk muncul di Sukan SEA dan sebentar tadi dia telah menghadiahkan pingat perak buat Malaysia dalam acara tempuh halangan (Obstacle Course) individu 100m x 10 Obstacles dengan catatan masa 34.01 saat.


Ini adalah pingat perak kedua apabila sebelu itu telah berjaya dalam acara Team Relay 400m x 12 dengan catatan masa 02.01.68 yang bergandingan bersama Yong Wei Theng, Salfarina Mohd Drus dan Tan Jie Yi.


Untuk pengetahuan korang, sukan tempuh halangan adalah pertama kali dipertandingkan di peringkat Sukan SEA dan peserta dikehendaki melalui cabaran yang sukar serta menguji fizikal seseorang.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.