Abang Tergamak Cabul Adik Perempuan & Ugut Beri Barangan K-Pop Dengan Syarat Layan Dia - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Abang Tergamak Cabul Adik Perempuan & Ugut Beri Barangan K-Pop Dengan Syarat Layan Dia


Tergamaknya seorang abang melakukan perbuatan macam ni dekat adik kandung sendiri. Mungkin terlalu terpengaruh dengan apa yang ada di laman internet apabila seorang remaja berusia 18 tahun telah mengaku bersalah mencabul adik kandung yang berusia 12 tahun.

Kejadian ini berlaku di Singapura dan remaja ini dikatakan telah memperdayakan adik perempuannya dengan menawarkan untuk membeli merchandise K-Pop kesukaannya, asalkan adiknya melayan apa yang diminta.

Kali pertama ia berlaku pada awal Januari lalu apabila adik perempuannya masuk ke bilik abangnya untuk meminta bantuan mengenai soalan sekolah. Tetapi abangnya menukar seluar pendek dan mangsa berlari keluar dari bilik abangnya.

Kali kedua pula berlaku pada Februari selepas mereka berpindah ke rumah yang baru menyebabkan mereka berdua terpaksa berkongsi satu bilik. Pada ketika itu, remaja terbabit telah mencabul adiknya di atas katil dan tidur bersama.

Kali ketiga inilah yang membuatkan adiknya terus melaporkan kepada polis apabila abangnya telah mengumpan untuk membelikan barangan K-Pop dengan syarat melayan apa sahaja permintaannya.

Kini remaja terbabit telah ditahan pihak polis dan mengaku telah mencabul adik kandungnya sendiri.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.