Abang Rider Foodpanda Tunggu Pesanan Siap Hingga Terlena Di Kedai Makan Buatkan Netizen Sebak! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Abang Rider Foodpanda Tunggu Pesanan Siap Hingga Terlena Di Kedai Makan Buatkan Netizen Sebak!


Siapa cakap orang melayu ni pemalas? Gambar dekat bawah ni adalah bukti seorang rider Foodpanda menunggu pesanan siap di salah satu kedai makan sampai terlena tau demi mencari rezeki yang halal.


Menurut @hidayat80 di Twitter, abang rider Foodpanda tu hampir terjatuh sebab terlentuk lena di atas kerusi yang bersandar. Nasib baiklah ada insan yang berhati mulia betulkan kepala dia untuk sambung lena.

Aku lepak dengan adik ipar aku di kedai makan then wife dia tegur ada mamat dah nak jatuh sebab terlentuk lena bersandar kerusi. Aku bangun tolong betulkan kepala dia untuk dia sambung lena berteleku di meja. Masa betulkan tu, aku perasan handphone dia masih on maps dan uniform dia Foodpanda.

Bukan tu je, @hidayat80 juga berkata bahawa semasa dia ingin betulkan kepalanya, handphone abang rider Foodpanda tu masih on maps dan beruniform. Alahai, apapun Ohmedia doakan agar abang rider Foodpanda tu diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki selalu. InsyaAllah, Amin.

Sumber: @hidayat80

+ Baca respon pembaca Oh! Media



Oh! Youtube






Dikuasakan oleh Blogger.