Wow! Ini Pawagam Paling Eksklusif Yang Wujud Di Malaysia! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Wow! Ini Pawagam Paling Eksklusif Yang Wujud Di Malaysia!


Ada tak dekat sini orang Johor Bahru? Sepertimana yang korang tahu, Ohmedia sudahpun post di Facebook mengenai sebuah pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) yang ultra-mewah di Aurum Theatre, The Mall, Mid Valley Southkey di Johor Bahru.


Aurum ni adalah sebuah perkataan daripada Latin bagi emas dan kalau korang pernah belajar subjek Kimia, dalam jadual berkala korang akan perasan juga simbol ‘Au’ merujuk kepada emas. Sebab tu lah bila korang tengok pawagam ni dihiasi dengan kemewahan yang sinematik.


Bila korang masuk Aurum Theatre ni, korang akan nampak pelbagai ruangan mewah ala-ala five star gitu seperti kabin persendirian, kemewahan tempat duduk, servis yang sangat tip top, contemporary dining dan banyak lagi tau untuk bagi korang merasai keseronokan dan keselesaan yang lebih baik.

Rasai pengalaman mewah dengan GETHA


Yang bestnya, seat dia memang sangat selesa gais! Bukan apa, korang pernah dengar tak jenama Getha? Haaa, memang sesuai sangat bila tengok wayang sebab ni adalah sebahagian daripada tawaran yang dinantikan dan telahpun diumumkan pada bulan September yang lalu.


Getha Lux Suites mempunyai tempat duduk yang telah direka khas secara eksklusif oleh Getha yang mempunyai 100% getah asli kusyen dengan bantal lateks yang sesuai supaya memberikan sokongan yang baik untuk postur badan korang.


Bukan tu je, dekat tempat duduk tu ada wireless dan USB charger untuk handphone korang. Pergh! Lepas ni tak payah nak bawa charger dan powerbank dah.


Bila tengah syok tengok movie tetiba perut korang pula rasa lapar nak makan. Tak perlu susah payah nak bangun tau! Korang just tekan butang panggilan je, so nanti akan ada pelayan untuk mengambil order korang seperti makanan, minuman dan konsesi.


Memandangkan Aurum Theatre sudah dibuka di Johor Bahru, lepas ni orang Kuala Lumpur pula kena get ready sebab Golden Screen Cinemas (GSC) akan membuka Aurum Theatre yang kedua di The Gardens Mall, Kuala Lumpur. Hehehe.

Lengkapkan pengalaman yang sinematik


Dengan setiap pembelian tiket ke Aurum Theatre, korang akan menerima Aurum Pass untuk menikmati pengalaman sinematik yang betul-betul lengkap di tempat ni dengan makanan baru dibuat dan dihantar terus dekat kerusi korang.


Jadi dengan cara tu, korang takkan terlepas satu minit movie pun untuk mendapatkannya. Aurum Pass juga menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman yang korang boleh pilih time korang masuk seperti meal platter, vegetarian platter, cocktails atau pilihan makanan ala carte (avacado bruschetta, teriyaki skewers atau chicken wings).


Time korang tiba di pawagam, korang hanya perlu memberitahu hos dengan kemasukan korang ke situ. Dengan Aurum Pass, korang boleh menikmati minuman dan makanan yang korang order sama ada di luar pawagam sebelum movie bermula ataupun di dalam pawagam semasa movie tu ditayangkan.


Macam mana nak dapat Aurum Pass tu? Haa mudah je, korang boleh book Aurum Pass tu secara online di website Golden Screen Cinemas (GSC) ataupun melalui aplikasi mudah alih GSC.

Rasai makanan contemporary di Aurum Theatre


Wah, kalau korang nak tahu Jin Gastrobar menghidangkan pelbagai jenis sajian makanan contemporary yang sedap dan menarik sebab diorang ni menggabungkan yang terbaik dari kedua-dua dunia iaitu fine wine dan dine.


Jin Gastrobar menawarkan pelbagai masakan benua yang menyelerakan, dari appetisers sampailah main courses yang dimasak secara fresh dengan bahan ingredients terbaik oleh chef yang paling berpengalaman tau.


Bagi yang taknak beli tiket untuk tengok movie di Aurum Theatre, korang boleh menikmati makanan di Jin Gastrobar juga okay! Manakala korang yang tengok movie pula, korang order je makanan dari tempat duduk so nanti diorang akan terus hantar ke seat korang.


Korang juga boleh menikmati sambutan mewah bersama kawan-kawan di Jin Gastrobar semasa sarapan pagi, brunch, makan tengahari atau makan malam. Yang paling best, time petang korang boleh relax dan chill mendengar lagu genre jazz yang boleh menenangkan jiwa korang dengan pelbagai cocktails dan canapes.


Selain cocktails dan canapes, diorang juga menyediakan minuman alkohol dan mempunyai minuman signature seperti Gintonica yang diperbuat daripada gin premium yang terbaik untuk menikmati plat berkongsi bersama kawan-kawan korang.


Untuk info lebih lanjut, korang boleh layari laman web rasmi Golden Screen Cinemas (GSC) di sini.
Dikuasakan oleh Blogger.