Wartawan Bebas Ditembak & Hilang Mata Kiri, Satu Dunia Kecam Israel & Tuntut Keadilan - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Wartawan Bebas Ditembak & Hilang Mata Kiri, Satu Dunia Kecam Israel & Tuntut Keadilan


Berlaku kejadian macam ini pun mereka butakan mata ke? Ohmedia katakan ini apabila dua orang jurugambar dan wartawan bebas Palestin telah ditembak di mata oleh tentera Israel semasa membuat liputan dan ini mendapat perhatian dunia.

Kejadian itu berjaya menarik perhatian media antarabangsa untuk memakai penutup mata atau menutup sebelah mata dengan tangan sebagai tanda solidariti dan kecaman ke atas tindakan Israel.


Muath Amarneh yang merupakan antara mangsa merupakan seorang wartawan jurugambar bebas Palestin telah kehilangan mata kiri sepenuhnya selepas ditembak oleh tentera Israel dan Kejadian dipercayai berlaku ketika tentera Israel cuba untuk meleraikan penunjuk perasaan Palestin di Kampung Surif di Wilayah Selatan Tebing Barat.

Dia yang pada ketika itu turut memakai baju yang menunjukkan dirinya sebagai seorang wartawan yang hanya berada di situ untuk membuat liputan dengan memakai baju yang tertera perkataan 'Press' berserta helmet. Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh tentera Israel.

Kesan dari tembakan itu, doktor mengesahkan bahawa matanya tidak dapat diselamatkan dan terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bijik mata.




Dikuasakan oleh Blogger.