Kerana Membandingkan Gambar DSLR dengan Smartphones Miliknya, Perempuan Ini Teruk Dikecam Netizen - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Kerana Membandingkan Gambar DSLR dengan Smartphones Miliknya, Perempuan Ini Teruk Dikecam Netizen


Tak perlu DSLR nak tangkap gambar secantik ini. Upah photographer RM200/300. Membazir. Snap gambar pakai phone je then edit cantik dh la dia. Cukup 20 retweet aku share cara dia.

Itulah ayat yang ditulis seorang netizen di Twitter miliknya yang akhirnya menjadi viral dan mengundang kemarahan banyak pihak. Pengguna Twitter dengan nama pengguna @SyamiraAzhar berkongsi 4 keping gambar pasangan yang baru bertunang dan mengatakan dengan hanya menggunakan smartphones, dah boleh dapat gambar yang cantik tanpa perlu upah photographer sehingga RM200 ke RM300 kerana ianya membazir.


Tweet ini menjadi viral sehingga mendapat lebih dari 1.4k retweet dan 2.7k likes setakat artikel ini ditulis. Lebih parah lagi, apabila tweet tersebut dihentam teruk oleh para photographer profesional yang tidak menerima pandangan tersebut dan menyatakan ianya menutup periuk nasi mereka.


Di bawah ini adalah 4 gambar yang disertakan bersama tweet tersebut;





Ya, memang nampak seakan cantik bagi kualiti gambar sebuah smartphones flagship pada hari ini tetapi adakah ianya menyamai kualiti sebuah DSLR atau Mirrorless Camera?

Meskipun pada pandangan Ohmedia apa yang dikatakannya itu ada juga kebenarannya, tetapi ketahuilah bahawa teknologi pada kamera smartphones masih belum benar-benar boleh dibandingkan dengan teknologi sebuah DSLR ataupun Mirrorless Camera dan khidmat kepakaran dari photographer profesional ini masih lagi diperlukan hingga ke hari ini.



Jadi pada pandangan Ohmedia, semua pihak harus berlapang dada dalam meraikan pendapat dan pandangan setiap orang. Bagi yang tidak mempunyai bajet untuk mendapatkan khidmat photographer profesional ini, sememangnya anda boleh mendapatkan gambar yang cantik dengan hanya menggunakan smartphones sedia ada cuma hanya pandai edit sahaja menggunakan Lightroom Mobile contohnya.

Tetapi bagi yang mahukan gambar yang jauh lebih cantik, lebih nampak profesional, lebih bergaya, bermutu tinggi, sekali seumur hidup, dan duit bukan masalah maka khidmat photographer yang menggunakan DSLR atau Mirrorless Camera masih lagi diperlukan. Mungkin suatu masa nanti kamera di smartphones boleh menyaingi teknologi pada DSLR atau Mirrorless Camera ini tapi percayalah pada ketika ini, ianya masih jauh lagi.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.