Sekolah Beri Motosikal Dan Pakej Percutian Sebagai "Token" Kepada Murid Yang Kehadirannya Penuh! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Sekolah Beri Motosikal Dan Pakej Percutian Sebagai "Token" Kepada Murid Yang Kehadirannya Penuh!

Sumber gambar dari Twitter
Setiap sekolah pasti menghadapi masalah kedatangan pelajar kesekolah. Kadang-kadang pihak sekolah terpaksa mengeluarkan notis amaran sehingga surat gantung persekolahan kepada murid yang kerap tidak hadir kesekolah. Sebagai langkah untuk mengatasi masalah ini, pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh pihak sekolah dalam meningkatkan kehadiran penuh pelajar kesekolah.

Salah satunya macam sekolah yang satu ni. Dalam menggalakkan lagi pelajar untuk datang kesekolah, sekolah ini telah memberi hadiah kepada murid yang mempunyai kehadiran seratus peratus ke sekolah. Tapi bukan ini yang Ohmedia nak highlight, sebab hadiah kedatangan ni dah banyak dipraktikkan di sekolah-sekolah. Benda yang Ohmedia nak highlight kat sini token yang pihak sekolah ni bukan kaleng-kaleng  gais.



Berdasarkan info yang Ohmedia tahu dari pengguna Twitter yang juga salah pelajar untuk salah seorang penerima token, pihak sekolah berikan sebuah motosikal Yamaha Legenda! Bukan itu saja, siap ada pakej percutian ke Langkawi dan sebuah televisyen LED lagi. Memang rare lah sekolah ini! Kalau zaman Ohmedia sekolah dulu, paling tidak pun dapat sijil dengan duit. Berdasarkan info yang Ohmedia tahu,  hadiah ini diberikan secara cabutan bertuah dan segala token yang diberikan merupakan sumbangan PIBG sekolah berkenaan sebagai langkah untuk galakkan kehadiran pellajar kesekolah berkenaan.

Sumber: Twitter @nura (@nrqlhosh)

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Dikuasakan oleh Blogger.