Header Ads

"Saya Tak Serik Untuk Bercinta" - Awi Rafael


Walaupun Awi Rafael tak jadi berkahwin dengan Atikah Suhaime disebabkan tak ada jodoh, Awi berkata beliau tidak serik untuk bercinta  lagi dan mencari pasangan hidup.

Beliau percaya bahawa apa yang berlaku kepada dirinya sebelum ini adalah hikmah di sebalik setiap perkara. Walau bagaimanapun, dia ingin menumpukan sepenuh perhatian dalam bidang muzik dan menjaga ibunya buat masa ini.

Terus terang saya katakan, saya tak serik untuk bercinta dan mencari pasangan hidup, saya hanya doa yang terbaik pada Tuhan. Apa yang telah berlaku pada saya sebelum ini adalah ketentuan Tuhan, saya yakin ada hikmah di sebalik setiap perkara yang kita hadapi. Malah saya tidak sabar menunggu apa yang telah ditetapkan oleh Tuhan untuk hidup saya selepas ini. Namun begitu, buat masa ini, saya akan menumpukan sepenuh perhatian pada kerjaya saya dalam bidang muzik dan menjaga ibu saya. Apabila semuanya telah berjalan lancar seperti saya mahukan, barulah saya akan fikirkan soal pasangan hidup, doa-doakan agar saya bertemu dengan bidadari yang ditakdirkan untuk saya.

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Oh! Media



Oh Youtube


Dikuasakan oleh Blogger.