Header Ads

Sebagai Pengguna Setia instax mini, Ini Pandangan Kami Kepada FujiFilm instax mini Link Yang Terbaru!


Semua orang pun ada smartphones lengkap dengan kamera canggih dan setiap harilah kita akan ambil berpuluh-puluh mungkin beratus-ratus gambar tapi masalahnya semua gambar tu tersimpan dalam phone atau media sosial secara digital. Contohnya hari ni ambil, esok lusa dah pun lupa. Langsung tak ada sentimental value untuk dilihat semula ye tak? Sebab tu la kenapa kamera instax begitu popular sekarang ni kerana lepas je kita snap gambar, terus gambar keluar dan boleh simpan dalam wallet tak pun gantung terus kat rumah kan?


Tapi masalahnya, ramai yang tak senang hati nak kena bawa macam-macam kamera ni bila ke mana-mana. Kita tetap rasa lagi senang ambil gambar guna phone jer. Memang sebab itulah wujudnya printer macam instax SHARE SP-2 ni. Kalau tak silap dah lebih 3 tahun Ohmedia gunakan dan selama itu memang banyak kali Ohmedia berkongsi pasal instax mini ni di Facebook & Instagram Oh! Media.


Tak kisahlah korang guna iPhone atau Android, dengan hanya download app dia sahaja korang dah boleh print semua gambar yang ada dalam galeri phones tu. Sebelum print siap boleh adjust dulu dengan cara crop, adjust brightness contrast dan banyak lagi.
Semalam baru dapat tahu yang FujiFilm ada mengeluarkan versi terbaru instax Smartphone Printer iaitu instax mini Link Smartphone Printer. Dari research yang sempat Ohmedia buat, instax mini Link ni jauh lebih advance lagi dari versi sebelumnya macam yang Ohmedia ada tu.


Kenapa Ohmedia berani kata ianya lebih advance? Ini kerana apabila kini ianya dilengkapi dengan dua mod pilihan iaitu PRINT MODE dan FUN MODE.



Dengan PRINT MODE, terdapat 3 pilihan yang boleh korang gunakan seperti Simple Print yang membolehkan korang print gambar dari galeri smartphones dengan cukup mudah, Video Print pula untuk korang print gambar dari video di smartphones korang, dan satu lagi features instax Camera dengan cara guna instax mini Link ni untuk zoom in dan out kemudian tekan butang di printer untuk ambil gambar. Macamana agaknya sejenis printer macam instax mini Link ni boleh buat macam tu? Ini kerana instax mini Link ini dilengkapi dengan motion sensor gais! Fuh canggih!
Untuk FUN MODE pula, terdapat beberapa features menarik seperti Party Print untuk korang ambil gabungan beberapa gambar semasa gathering dengan kawan je. Match Test pula bila kita jawab soalan untuk March Test dan print, result dia akan appear kat gambar! Selain itu terdapat juga Frame Print dengan lebih 27 design frame serta Collage Print dengan 14 design lagi untuk dipilih.


Semua features ni ada di dalam aplikasi baru FujiFilm di bawah nama instax mini Link yang dah boleh dimuat-turun dari App Store dan juga Play Store dari sekarang.
instax mini Link ini lebih menarik kerana mempunyai 3 warna untuk dipilih mengikut citarasa korang iaitu Dark Denim, Ash White, dan Dusky Pink. Ohmedia simple orangnya, jadi mungkin akan pilih Ash White tu jer nanti biar sepadan dengan instax mini sedia-ada.

So guys, kalau korang pun memang sedang mencari printer comel dan serbaguna untuk menambah koleksi gambar polaroid sedia ada atau mungkin sahaja baru nak bermula, bolehlah cari dan beli instax mini Link ni tanpa perlu berfikir panjang pun.

instax mini Link ini boleh didapati secara online terus di website instax FujiFilm, Lazada, Shopee, Wonder Photo Shop, atau dari mana-mana kedai kamera terpilih. Kalau korang nak merasai sendiri pengalaman menggunakan instax mini Link ni, jangan lupa untuk datang ke tempat-tempat yang disenaraikan di sini. Bagi yang berada di Lembah Klang, boleh rujuk maklumat di bawah;

11 November 2019: Damansara Uptown – Family Mart, MRT Pasar Seni
12 November 2019: VSQ Building
13 November 2019: SS2, Kelana Jaya LRT
14 November 2019: UOA Bangsar, Bangsar LRT
15 November 2019: Taipan (main), Sunway Rock Cafe
16 November 2019: KLCC & Mandarin Oriental Area / Robinsons
17 November 2019: ANSA Hotel (Sephora Bukit Bintang)

Bila Ohmedia dah beli nanti, kami pasti akan berkongsi dengan lebih lanjut lagi nanti. Buat masa sekarang,  korang boleh baca di sini untuk mengetahui info lebih lanjut tentang instax mini Link ini.
Dikuasakan oleh Blogger.