Pramugari Luah Perasaan, Beri Nasihat Kepada Penumpang Kapal Terbang! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Pramugari Luah Perasaan, Beri Nasihat Kepada Penumpang Kapal Terbang!

Gabar sumber dari Google
Siapa pernah naik kapal terbang? Kalau pernah mesti korang pernah saksikan ragam para penumpang yang sedang bersiap sedia, letak barang diatas compartment yng disediakan sebelum berlepas. Korang perasan tak, akan ada satu atau dua penumpang yang akan bawa bagasi sebesar alam masuk ke dalam kabin untuk diletakkan dekat compartment yang disediakan diatas kepada oleh kerana tidak mahu membayar lebih untuk kos bagasi.

Ya! benda ini sangat merbahaya gais. Compartment tu disediakan untuk benda-benda yang ringan bukan untuk diletakkan beg-beg bagasi. Meskipun bertutup, bayangkan kalau pintu compartment tu tiba-tiba tak function ketika berlepas, tak pasal-pasal beg bagasi sebesar alam tu menghempap kita? Kalau kita sendiri kena takpa, kena pula penumpang lain? tak hangin member tu?

Lagi satu, beg-beg yang tak di check-in kan sebagai bagasi adalah tanggungjawab penumpang sendiri. Maksudnya, beg-beg berkenaan diluar bidang tugas pramugara dan pramugari. Sepatutnya mereka tak perlu menolong mengangkat beg-beg bagasi yang tak didaftarkan. Ini seperti mana yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @okedkama yang berkongsi sekeping screenshot sebuah ig story member dia yang merupakan seorang cabin crew.



Menurut Igstory berkenaan, cabin crew berkenaan meluahkan perasaan dan menasihati tentang perkara. Dalam Igstory berkenaan turut menyebut, ada cabin crew yang terkena slipped disc dan terpaksa MC berbulan-bulan, lebih teruk sehingga dibuang kerja. Jika mereka bertindak mengeluarkan bag-bag berkenaan dan diletakkan kedalam ruangan bagasi, mereka pula kena complaint. Beliau juga menegaskan bahawa, tugas cabin crew adalah untuk memastikan keselamatan penumpang, bukan mengangkat beg peumpang.

Pesanan Ohmedia, yang mana-mana nak pergi travel ke, apa ke, adalah lebih baik korang check-in je beg-beg bagasi korang. Bukan apa, untuk kesenangan korang, sekurang-kurang beg korang ada yang tolong angkat, mungkin kalau berlaku kerosakan, korang boleh buat complaint atau claim dengan syarikat penerbangan berkenaan. Kalau pergi travel ada duit, takkan korang tak boleh spent sikit untuk kos bagasi.

Sumber: Amazing Nara dan Twitter @okedkama

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube





Dikuasakan oleh Blogger.