Tiada Siapa Berhak Untuk Mengubah Bendera Tanpa Persetujuan Raja-Raja Melayu - Permaisuri - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Tiada Siapa Berhak Untuk Mengubah Bendera Tanpa Persetujuan Raja-Raja Melayu - Permaisuri


Mahu ataupun tidak kita tetap tidak boleh mengambil mudah dengan isu yang melibatkan maruah negara. Apatah lagi ia dilakukan oleh orang yang mengaku dan memiliki kad pengenalan warganegara Malaysia. Sekarang sedang hangat mengenai isu Jalur Gemilang bintang 5 bucu dan tidak cukup jalur yang di dalam majlis Persatuan Bola Keranjang Malaysia, MABA.

Sebentar tadi juga, pihak polis telah mengesahkan mereka telah membuka kertas siasatan dan mengambil keterangan presiden persatuan MABA. Kali ini, Ohmedia nak kongsikan pula perkongsian Twitter dari Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang turut tidak terlepas menyatakan pandangan dalam isu ini.

Tiada siapa yang berhak untuk mengubah bendera tanpa persetujuan Duli Yang Maha Mulia(DYMM) Raja-raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen. - tulis Tunku Azizah.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Dikuasakan oleh Blogger.