Header Ads

Tiada Lanjutan Masa, Papan Tanda Jawi Di Pahang Akan Tetap Diteruskan


Selepas Kelantan dari dahulu sehingga sekarang mengekalkan dan mewajibkan untuk setiap premis dan papan tanda mempunyai tulisan jawi, nampaknya negeri Pahang juga akan tetap meneruskan penguatkuasaan itu mulai 1 Januari 2020.

Peniaga perlu mematuhi arahan pelaksanaan tulisan jawi pada semua papan tanda dan iklan di premis perniagaan sehingga 31 Disember ini dan tempoh lanjutan juga tidak akan diberikan. - Kata Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Abd Rahim Muda.


Sebelum ini, Sim Chon Sian dari PRK-Teruntum telah meminta untuk ia dilanjutkan dengan alasan pemilik premis tidak sempat untuk melakukan tempahan dan memerlukan lebih masa.


Tetapi Abd Rahim menerangkan yang masa diberikan adalah mencukupi dan pemilik premis tidak perlu membuat papan tanda yang baru dan mencukupi dengan hanya menambah sticker jawi sahaja. Jika gagal, mereka boleh dikenakan tindakan kompaun.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.