Netizen Tak Sangka Dengan Cara Ini Boleh Pujuk Anak Makan Sayur? Biar Betul?! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Netizen Tak Sangka Dengan Cara Ini Boleh Pujuk Anak Makan Sayur? Biar Betul?!


Korang mesti pening kepala kan sebab setiap kali nak bagi anak-anak makan makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran, ada je 1001 alasan diorang bagi. Tak sedap lah...pahit lah. Aduh, apa nak buat ni?

Sebagai seorang ibu, kita mestilah risau dan nak yang terbaik untuk diorang sebab takut tak cukup vitamin, pemakanan tak seimbang dan zat-zat mineral yang diorang perlukan. Betul tak gais? Jangan risau! Ohmedia tahu cara nak handle semua ni.

So Ohmedia nak share beberapa trick ataupun tips untuk membuat anak-anak korang suka makan sayur tau, harap ini dapat membantu korang semua. Mudah je gais! Haa jom kita tengok trick dekat bawah ni apa.

1. Buat ekspresi sedih bila sayur habis


Ni trick yang paling mudah gais. Caranya senang je, korang kena berlakon buat ekpresi sedih depan anak-anak korang supaya nanti diorang akan tanya kenapa dengan kita. Haa dari situlah korang cakap yang sayur ni adalah makanan yang paling berkhasiat dan tidak mudah jatuh sakit.

Dengan adanya sayur-sayuran ni, ia mampu menguatkan sistem imunisasi badan kita untuk melawan bakteria, awet muda dan boleh menjadi kuat seperti Superman, Spiderman, Batman dan ramai lagi superhero yang mempunyai kuasa luar biasa tau! Hehehe.

2. Jangan hukum anak yang tak tahu makan sayur tetapi cuba cari jalan lain untuk buat dia makan


Kadangkala kita tak boleh nak memaksa atau memarahi anak-anak supaya makan sayur tetapi sebenarnya ada cara lain untuk membuat dia makan tau! Contohnya, kita menyediakan sayur-sayuran tu di dalam sandwich.

Ala, kalau korang buat sandwich, sayur tu sorokkanlah sikit dalam roti bersama telur, mayonis dan sedikit AJI-NO-MOTO® sebagai pelengkap rasa. Haa dengan cara itu mungkin akan membantu anak-anak korang untuk mula berminat dengan sayur.

3. Kreatifkan olahan sayur


Ya, mungkin kata-kata anak korang tu betul yang sayur ni adalah tak sedap dan pahit. Apa kata trick yang ketiga ni korang kreatifkan sikit olahan sayur bersama ayam. Ohmedia percaya semua budak sukakan ayam atau daging.

Dengan protein dan perasa AJI-NO-MOTO® ni, ia akan membuat anak-anak korang lebih suka untuk makan sayur-sayuran.

4. Beri hadiah jika dia dapat habiskan sayur


Ohmedia yakin ramai ibu yang dah guna trick ni dekat anak-anak, betul tak? Memberi hadiah jika anak-anak makan sayur-sayuran adalah perkara yang paling best. Nak taknak anak-anak korang confirm makan punya!

Yelah...siapa je taknak hadiah kan? Korang kena ingat, bila anak-anak korang dah habiskan makan sayur tu, korang kenalah belikan dia hadiah sebagai tanda berjaya menghabiskan sayur. Barulah diorang rasa nak makan lagi. Betul tak?

5. Meminta anak-anak untuk menolong kita menyediakan makanan


Kepada para-para ibu di luar sana, jikalau trick di atas ini tidak berkesan...apa kata korang meminta anak-anak menyediakan makanan bersama korang untuk menarik minat dalam proses penyediaan.

Manalah tahu semasa penyediaan makanan tu, tiba-tiba dia memasukkan sayur ke dalam mulut dia. Pergh! Mesti time tu korang pun rasa macam...akhirnya, dia makan juga!

Ingat, jangan give up. Belum cuba, belum tahu. Sebenarnya ada banyak lagi cara yang menyeronokkan untuk buat anak-anak korang makan sayur. Nak sediakan makanan yang sihat, seimbang dan memberi nutrisi yang baik, senang je tau.

Dengan adanya perasa AJI-NO-MOTO®, penyediaan makanan untuk anak-anak korang memang cepat, mudah, lazat dan berkhasiat macam dalam video ni. Campur, Campur, Siap! Mudah je kan?

Cuba tunjuk video ni dekat anak-anak korang, manalah tahu Pak Aji dapat pujuk anak-anak korang makan sayur kan?


Tips: Campurkan AJI-NO-MOTO® sebelum garam atau perasa lain untuk membuatkan rasa makanan korang menjadi lebih sedap dan sempurna!
Dikuasakan oleh Blogger.