Nama-Nama Rasulullah SAW - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Nama-Nama Rasulullah SAW


SOALAN:
Adakah lagi nama Nabi kita selain dari nama Muhammad?

JAWAPAN:
Nama Rasulullah saw yang paling dikenali ialah Muhammad. Dan ada lagi selain nama Muhammad ini nama-nama yang lain sebagimana yang tersebut pada beberapa hadith.

Antaranya ialah Ahmad dan Al-Mahi dan Al-Hasyir dan Al-‘Aqib dan Al-Muqaffi dan Nabiyurahmah dan Nabiyyutaubah dan lain-lain.

Diriwayatkan daripada Jubair bin Mut’am r.a. Rasulullah saw bersabda:

إِنَّ لِي أَسْمَاءً : أَنَا مُحَمَّدٌ ، وَأَنَا أَحْمَدُ ، وَأَنَا الْمَاحِي الَّذِي يَمْحُو اللَّهُ بِيَ الْكُفْرَ ، وَأَنَا الْحَاشِرُ الَّذِي يُحْشَرُ النَّاسُ عَلَى قَدَمَيَّ ، وَأَنَا الْعَاقِبُ الَّذِي لَيْسَ بَعْدَهُ أَحَدٌ
“Sesungguhnya bagiku beberapa nama iaitu akulah Muhammad dan akulah Ahmad dan akulah Al-Mahi yang bermaksud Allah menghapuskan kekufuran dengan sebabku dan akulah Al-Hasyir yang bermaksud dihimpunkan segala manusia pada hari kiamat atas dua tapak kakiku dan akulah Al-‘Aqib yang bermaksud yang tidak ada lagi selepasnya seorang pun.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]


Dan diriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy’ari r.a. berkata beliau:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسَمِّي لَنَا نَفْسَهُ أَسْمَاءً فَقَالَ : أَنَا مُحَمَّدٌ ، وَأَحْمَدُ ، وَالْمُقَفِّي
“Adalah Rasulullah saw menamakan dirinya bagi kami beberapa nama iaitu Muhammad dan Ahmad dan Al-Muqaffi dan Al-Hasyir dan Nabiyyutaubah dan Nabiyyurahmah.” [Riwayat Imam Bukhari dan Muslim]


Dan banyak lagi nama-nama Rasulullah saw yang lain yang disebut dalam beberapa hadith dan atsar.

Imam Ibnu Dahiyyah menyebut pada kitab Al-Mustaufa Fi Asma’iI Mustafa lebih kurang tiga ratus nama.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.