'Memori Perkahwinan Paling Indah' - Wanita Diuji Dengan Pemergian Suami Selepas Dua Bulan Bernikah - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

'Memori Perkahwinan Paling Indah' - Wanita Diuji Dengan Pemergian Suami Selepas Dua Bulan Bernikah

Sumber Gambar Akaun Instagram Airina Roslan


Seorang wanita berkongsi satu cerita sedih menerusi akaun Instagram miliknya, Airina Roslan apabila Airina telah kehilangan suami tercinta, Muhammad Amirul Ashraf selama-lamanya selepas genap 2 bulan Airina mendirikan rumah tangga bersama suaminya.
















A post shared by Al-fatihah Suamiku Amirul (@ai_pav) on

Manusia memang tak akan lari dari perasaan sedih terutamanya apabila kehilangan orang yang tersayang kan? Tapi, ajal maut dan pertemuan semuanya Allah yang tentukan. Kita perlu bersabar dan tabah apabila ditimpa musibah.


Airina menyatakan yang dia tetap akan menyimpan semua memori yang telah mereka lalui bersama selepas mendirikan rumah tangga. Amirul merupakan seorang lelaki yang sangat sempurna buat dirinya dan Airina juga berharap suaminya tidak akan berhenti mencintainya.


Suaminya meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 pagi pada 7 November selepas pengsan ketika bermain futsal. Hari yang sama merupakan genap tarikh mereka mendirikan rumah tangga selama 2 bulan. Punca sebenar suaminya meninggal dunia masih belum diketahui.



Sumber : OHBULAN!

+ Baca respon pembaca Oh! Media



Oh Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.