Header Ads

KuatKuasa Undang-Undang, Punca Penutupan NCIG!

Sumber gambar dari Instagram NCIG
Siapa je tak kenal dengan NCIG, antara rokok elektronik sensasi di Malaysia yang menjadi pilihan orang ramai sebagai alternatif untuk berhenti merokok. NCIG yang mula menempa nama sejak tahun lepas, terpaksa menghentikan operasinya kerana kuatkuasa undang-undang yang dijalankan di Malaysia. Sebelum ini terpapar didada-dada akhbar tentang kajian untuk larangan penuh vape dan rokok elektronik oleh kerajaan. Kerana mendapati terdapat golongan yang bukan perokok turut menggunakan vape dan rokok elektronik.

Pihak NCIG menyatakan kesediaan mereka untuk tidak memasarkan produk terutama yang mengandungi nikotin di Malaysia sekiranya penguatkuasaan dijalankan kelak. Keputusan itu dibuat kerana NCIG mahu menumpukan pasarannya diluar negara. Kerana cecair nikotin buatan Malaysia dianggap antara yang terbaik kerana  Glycerin Sayuran (VG)  yang digunakan sangat berkualiti tinggi, dimana diperoleh daripada minyak sawit tempatan.



Sebelum penutupan, pihak NCIG menawarkan produk tanpa nikotin kepada perokok diluar sana dalam langkah untuk berhenti merokok. Dalam akaun rasmi pihak NCIG mengucapkan selamat tinggal kepada pengguna tegar NCIG. Ramai pengguna tegar produk berkenaan terkejut dengan berita penutupan operasi di Malaysia.

Tangkapan skrin dari akaun Instagram NCIG


Sumber: Amazing Nara

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.