Kereta Toyota Halang Myvi Buatkan Ramai Datang Membantu Alih Guna Jet Hidraulik - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Kereta Toyota Halang Myvi Buatkan Ramai Datang Membantu Alih Guna Jet Hidraulik


Padah menyusahkan orang! Seorang pemilik kereta jenis Toyota Wish menerima tindakan luar jangkaan dari pengguna jalan raya lain apabila kenderaan terbabit dikatakan telah menghalang laluan keluar sebuah kereta jenis Perodua Myvi kerana diletakkan secara double park.

Kalau Ohmedia pun akan mengamuk juga weh! Rakaman video yang menunjukkan situasi yang berlaku itu tersebar dan ia dikatakan berlaku di Bangi. Dalam video terbabit, kelihatan orang ramai cuba menolak kenderaan terbabit untuk membantu pemandu Myvi berkenaan.

Malangnya, kenderaan itu tidak melepaskan brek tangan sehingga memaksa mereka menggunakan jek hidraulik bagi membolehkan kereta Myvi itu keluar.


Memang kenderaan Toyota itu salah. Tetapi apa yang kita dapat pelajari dari video ini adalah apabila semua orang datang membantu dan bertindak dengan tenang dan sabar untuk membantu sehingga berjaya. Tahniah rakyat Malaysia.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.