Kawan Sekelas Ramai Terkorban, Pelajar Palestin Bawa Gambar & Letakkan Pada Tempat Duduk Mereka - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Kawan Sekelas Ramai Terkorban, Pelajar Palestin Bawa Gambar & Letakkan Pada Tempat Duduk Mereka


Mahu ataupun tidak, Ohmedia akan tetap kongsikan perkara ini. Ini berikutan tentang apa yang terjadi di Palestin sekarang. Terbaru, tersebar pula gambar yang menunjukkan pelajar-pelajar di Gaza datang ke sekolah dan membawa gambar rakan-rakan yang telah meninggal dunia dalam serangan Israel.


Gambar ini dikongsi di sosial media oleh pemilik akaun Twitter Hadeela_ yang berkata, ia merupaka realiti semasa apabila pelajar-pelajar ini terpaksa melalui hari persekolahan dengan kelas semakin kosong dan rakan-rakan juga berkurang.


Gambar rakan mereka diletakkan ditempat yang sepatutnya mereka duduk dan belajar, tetapi sudah tiada. Ini menyentuh hati ramai pengguna sosial media. Apatah lagi mereka yang melalui saat ini.



Kenapa dunia masih membisu?


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Dikuasakan oleh Blogger.