Jadikan Buah Tomato Sebagai Perhiasan Perkahwinan Kerana Emas Terlalu Mahal - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Jadikan Buah Tomato Sebagai Perhiasan Perkahwinan Kerana Emas Terlalu Mahal


Mungkin cara perhiasan macam ni boleh digunakan kalau harga emas terlalu mahal. Tapi kaum wanita nak ke hias macam ni? Kalau korang nak tahu, seorang wanita dari Pakistan telah viral apabila hanya menggunakan buah tomato sebagai set perhiasan semasa majlis perkahwinannya.


Tomato ini menjadi pengganti untuk gelang, rantai leher dan subang oleh pengantin ini dengan alasan harga emas terlalu mahal sehinggakan dia tidak mampu untuk menghiasi dirinya.




Tapi kenapa pilih tomato? Katanya, harga tomato lebih murah jika dibandingkan dengan sayur yang lain. Nasib baik tak guna kacang panjang sebagai rantai leher, hehe.


Amacam? Korang ada bran tak cuba perhiasan macam ni?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Dikuasakan oleh Blogger.