Isi Kandungan Netflix Penyumbang Kepada Perkara Negatif & Perlu Dipantau - FINAS - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Isi Kandungan Netflix Penyumbang Kepada Perkara Negatif & Perlu Dipantau - FINAS


Baru-baru ini Ohmedia ada perasan yang pihak FINAS yang diketuai oleh Ahmad Idham Ahmad Nadzri telah menyentuh mengenai kewujudan Netflix yang dilihat kandungan programnya perlu dipantau dan dikawal berikutan kebimbangan yang disuarakan ibu bapa. Netflix juga dilihat sebagai medium yang menyumbang kepada hiburan tanpa tapisan.

Walaupun penapisan bukan bawah bidang kuasa FINAS, kita memandang serius kerana isi kandungan berkenaan boleh memberi kesan negatif jika tidak dipantau dari sekarang. Negara ini mengambil pendekatan mengawal kandungan filem dan rancangan televisyen tempatan tetapi pada peringkat antarabangsa masih lagi terbuka. tu semua akan memberi risiko terhadap pembangunan minda anak-anak. Jika usaha itu tidak dilakukan dari sekarang, akhirnya ia tidak akan ke mana. - kata Ahmad Idham kepada pemberita.

FINAS juga dikatakan akan terus melakukan kerjasama dengan mana-mana pihak untuk menganjurkan seminar dan kempen bagi memberi kesedaran kepada orang awam mengenai perkara ini.

Jadi apa pula pandangan korang? Adakah masih tidak cukup penapisan yang telah dilakukan oleh pihak Netflix bagi mengawal perkara ini?

+ Baca respon pembaca Oh! Media



Oh Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.