Gadis Comel Berusia 20 Tahun Sudi Hidup Bersama Lelaki 70 Tahun Dengan Jumlah Mas Kahwin RM2.75 Juta - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Gadis Comel Berusia 20 Tahun Sudi Hidup Bersama Lelaki 70 Tahun Dengan Jumlah Mas Kahwin RM2.75 Juta


Umpama seorang atok dan cucu. Itulah yang Ohemedia dapat bayangkan bila melihat lelaki berusiadan wanita muda berkahwin yang viral di media Thailand baru-baru ini.

Perkahwinan mereka telah menarik perhatian ramai orang apabila lelaki yang berusia 70 tahun itu telah berjaya memikat hati seorang gadis muda yang sangat lawa dan baru berusia 20 tahun.

Perkahwinan mereka berlangsung di Bangkok, Thailand. Beza umur 50 tahun weh! Tetapi inilah yang dinamakan jodoh, lagipun lelaki itu dikatakan masih bujang, termasuklah gadis itu.


Mungkin terlalu kuat bekerja sehingga menyebabkan lelaki berkenaan tidak sempat mencari dan memilih pasangan hidup. Kalau korang nak tahu, lelaki ini merupakan seorang usahawan terkemuka bagi jenama kopi terkenal di Thailand.

Jadi, tak peliklah sekiranya gadis berkenaan menerima mas kahwin sebanyak RM2.75 juta. Banyak tu! Siapa yang tak terima kan?


Mungkin ada yang berkata ini semua kerana duit dan bukanlah cinta sejati. Apa-apapun kita doakan sahajalah agar jodoh mereka berkekalan. Korang yang masih single tu, jangan bersedih ok. Kerja kuat dari sekarang, nanti adalah tu yang datang mendekat. Kah!

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Dikuasakan oleh Blogger.