Dua Lelaki Bernasib Malang Maut "Direbus" Hidup-hidup! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Dua Lelaki Bernasib Malang Maut "Direbus" Hidup-hidup!

Gambar sumber dari Dailymail
Siapa masih ingat simpulan bahasa 'langkah kanan' dan 'langkah kiri'? korang masih ingat tak maksud dia? Kalau tak ingat takpa, sini Ohmedia bagitahu. Untuk langkah kanan, maksudnya macam korang dapat durian runtuh. Analogi dia simple je, macam korang datang datang rumah member, kebetulan pula rumah member tu buat makan-makan dan dia jemput korang sekali makan. Kalau langkah kiri, terbalik pula hukumnya. Macam cerita yang terjadi kat Moscow ni.

Gambar sumber dari Dailymail
Berdasarkan cerita yang Ohmedia faham dua orang lelaki ni maut direbus hidup-hidup kerana terjatuh kedalam kolam takungan air panas kerana tanah jerlus. Difahamkan tanah jerlus tu berlaku kerana paip air panas yang pecah dibawah tanah.

Gambar sumber dari Dailymail

Menurut cerita, sebelum kejadian berlaku, seorang pemandu yang melalui kawasan berkenaan ternampak kepulan-kepulan wap keluar dari tanah dan terus memecut meninggalkan kawasan berkenaan dan kemudian datang dua lelaki malang dengan kereta dan parking dikawasan berkenaan. Mereka kemudian terjatuh kedalam lubang yang mengandungi takungan kolam air panas berkenaan. Menurut laporan polis, dua lelaki berkenaan mati serta merta.

Sumber: Metro Online

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube


Dikuasakan oleh Blogger.