"Baca Skrip Bukan Asyik Tengok Telefon" - Nabila Huda - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

"Baca Skrip Bukan Asyik Tengok Telefon" - Nabila Huda


Baru-baru ini, Nabila Huda mengatakan bahawa kebanyakan pelakon lebih suka menghafal dialog dan tak menjiwai watak tersebut yang dibawakan dalam dirinya.

Tambahan pula, ada juga pelakon yang suka menghabiskan masa bermain dengan telefon berbanding dengan membaca skrip dan Nabila menganggap bahawa semuanya ingin berebut untuk menjadi popular di media sosial.

Ada saja pelakon yang tak fokus, lepas tu tak 'deliver' dalam lakonan kerana mereka ini hanya hafal dialog. Kenapa? Sebab boleh rasa mereka sekadar bercakap. 'Feel' tu tak rasa. Sepatutnya mereka bersedia, baca skrip bukan asyik tengok telefon. Itu yang buat saya rasa mereka ni tahu berlakon ke tak reti berlakon? Tak memberi pun. Tapi kadang-kadang fikir nak habiskan kerja, terpaksa teruskan sajalah. Macam mana kita nak ubah gaya hidup itu? Dah jadi cara mereka. Sekarang ini semua berebut nak popular di media sosial. Susah untuk dikawal. Saya okey kalau pelakon baharu datang nak belajar. Dia datang minta tips berlakon dengan saya. Malah di set kadang-kadang saya akan bantu, sampai seminggu pun saya pernah bantu. Tapi kalau dah dekat sebulan nak buka kelas akademi saya pun meluat.

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Oh! Media



Oh Youtube


Dikuasakan oleh Blogger.