(Video) Ramai Terkejut Malaysia Termasuk Dalam Lokasi Filem Vin Diesel - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Ramai Terkejut Malaysia Termasuk Dalam Lokasi Filem Vin Diesel


Susah betul kita nak tengok Malaysia ni termasuk dalam filem-filem antarabangsa dan yang selalu kita tengok jadi tumpuan, mesti negara jiran kita, Singapore jer. Tapi kali ini, Kuala Lumpur dilihat muncul dalam filem terbaru Vin Diesel iaitu bertajuk Bloodshot.

Dalam filem ini, Vin Diesel sekali lagi membuat filem stand alone di mana dia memegang watak Ray Garrison dan ia dikatakan diadaptasi dari siri komik terkenal Bloodshot dan bakal ditayangkan pada Februari tahun hadapan.


Dalam International Trailer ini, ia sedikit berbeza dari apa yang ditunjukkan di dalam official trailer yang dikeluarkan Sony Pictures di mana ada satu babak menunjukkan menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas dan ia membuatkan peminat Malaysia terkejut. Tetapi kita masih belum mengetahui lokasi Malaysia menjadi lokasi utama atau hanya sebahagian babak sahaja.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.