Utusan Malaysia Akan Kembali Di Bawah Tan Sri Syed Mokhtar - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Utusan Malaysia Akan Kembali Di Bawah Tan Sri Syed Mokhtar


Sebelum ini kita mendengar ura-ura berkenaan pembelian Utusan Malaysia oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan kini ternyata ianya benar setelah Berita Harian Singapura ada melaporkan tentang penjualan sebanyak 70 peratus kepentingan Dilof kepada Aurora Mulia Sdn Bhd yang dimiliki oleh Syed Mokhtar.

Anak syarikat Utusan Melayu (M) Berhad (UTUSAN), Dilof Sdn Bhd (Dilof) telah dinamakan semula sebagai Media Mulia Sdn Bhd.

Minggu lalu kita semua dikejutkan dengan terhentinya Media Utusan Malaysia dan sekarang akhbar tertua Malaysia itu bakal bernafas semula di bawah jutawan Tan Sri Syed Mokhtar.

Utusan akan terus hidup. Kami membubarkan syarikat induk tetapi pemilikan lesen percetakan (telah) diperolehi oleh Aurora Mulia dan mereka akan melancarkan penerbitan (baru) dalam masa terdekat, kata Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Jadi, jika dilihat sekarang ini, boleh dikatakan Syed Mokhtar sekarang telah menjadi pemilik aset media terbesar di Malaysia selepas memiliki juga saham di Media Prima Bhd sebanyak 31.22 peratus.

Diharapkan, dengan pegangan Syed Mokhtar ini, akan memberikan wajah baru kepada kepada Utusan Malaysia dan mendapat tempat semula di hati rakyat Malaysia.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube

Dikuasakan oleh Blogger.