(Video) Uqasha Tak Dapat Tahan Lihat Issey - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

(Video) Uqasha Tak Dapat Tahan Lihat Issey


Adoi, macam mana boleh tegelincir tu Issey, nasib baik tak terkam Uqasha. Siapa yang tak kenal dengan pelakon, pelawak dan penyampai radio Issey Fazlisham yang kian meningkat naik, lagi-lagi bila selalu melakukan lawak spontan dan bersahaja dalam siri komedi Jawatankuasa Kampung Kalot (JKK).

Sekarang, tersebar pula satu rakaman video yang menunjukkan Issey tergelincir semasa melakukan penggambaran bersama pelakon Uqasha Senrose. Dapat dilihat Uqasha sedang duduk di kerusi malas dan melelapkan mata, dan Issey datang ke arah Uqasha dan secara tiba-tiba dia tergelincir dan terjatuh dengan muka yang berdarah.

Situasi itu ternyata membuatkan suasana sedikit kecoh dan Uqasha juga turut tidak dapat menahan gelak. Tapi, Uqasha sempat juga bagi nasihat supaya suruh Issey berhati-hati.

Difahamkan, mereka sedang melakukan penggambaran untuk slot carekarama yang akan ditayangkan di TV3 arahan Khan Mancung yang bertajuk ‘Hantu Don’ di mana Issey memegang watak sebagai hantu.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.