Tun Mahathir Sokong Polis Kenakan SOSMA Ke Atas 12 Individu - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Tun Mahathir Sokong Polis Kenakan SOSMA Ke Atas 12 Individu


Akhirnya, inilah kenyataan balas dan respon yang Ohmedia nanti-nantikan mengenai isu pengganas LTTE, iaitu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Selepas kita telah menerima banyak respon dari kepimpinan DAP dan pihak polis, jadi apa pula kata Tun Mahathir?

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan yang beliau mempertahankan tindakan yang diambil oleh pihak polis bagi menggunakan akta SOSMA ke atas ke semua 12 individu yang ditahan, termasuk dua orang ADUN, DAP.

Saya ada penerangan daripada polis. Mereka ada sebab-sebab (untuk bertindak) dan saya berpuas hati dengan alasan mereka mengambil tindakan. SOSMA masih wujud ketika ini. Disebabkan tiada undang-undang lain, maka polis menggunakan akta ini, jelas Tun M apabila ditanya pemberita.

Sedikit info, LTTE ini sebenarnya satu kumpulan pemisah yang datang dari Sri Lanka dan telah diisytiharkan sebagai pengganas oleh 32 buah negara, termasuklah Malaysia.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube

Dikuasakan oleh Blogger.