Tony Stark Dituduh Buat Pembedahan Plastik! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Tony Stark Dituduh Buat Pembedahan Plastik!




Baru-baru ni Tony Stark dituduh oleh netizen sebab dikatakan membuat pembedahan plastik. Eh lupa, kata ni Tony Stark Malaysia tau. Kalau korang taktahu siapa, beliau adalah Sham Visa. Beliau merupakan seorang vokalis dalam Gegar Vaganza. Tapi beliau dah tarik diri dari industri hiburan ni. Walaupun beliau dah berusia 43 tahun, tapi masih kekal handsome.

Semasa kemunculannya, beliau memakai cermin mata bulat dan ramai yang mengatakan beliau kelihatan sama seperti Tony Stark dalam cerita Avengers. Tapi dalam masa orang puji dan kata macam tu ada juga mulut-mulut yang dengki dengan mengatakan beliau membuat pembedahan plastik untuk kelihatan macam tu.


Saya tak boleh nak komen banyak mengenai perkara itu. Ada yang kata saya membuat pembedahan plastik tetapi saya nak berterima kasih kepada ayah saya lah yang bagi ini (raut wajah)

Haih ada-ada je netizen ni kan? Orang handsome sikit mula la dikutuknya. Mungkin haters tu jeles kot tengok muka Sham ni dah macam Tony Stark? Walaupun lepas kata-kata haters macam tu, Sham tidakla mengambil serius sangat sebab biasa lah lumrah kehidupan orang yang popular ni macam-macam boleh jadi yang penting hadapi dengan penuh matang.

Sumber : beautifulnara

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!



Dikuasakan oleh Blogger.