Tiada Niat Kembalikan GST, Kata Tun M - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Tiada Niat Kembalikan GST, Kata Tun M

Sumber gambar dari Pejabat Perdana Menteri
Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai cadangan kerajaan untuk memperkenalkan beberapa cukai baru kepada rakyat. Terdapat dakwaan GST akan dikembalikan oleh kerajaan selepas terdapat cadangan untuk mengkaji cukai itu semula.

Hari ini di Parlimen, Tun Mahathir mengatakan kerajaan tidak berhasrat untuk mengembalikan GST tetapi sebaliknya memperbaiki cukai SST sedia ada. Tun Mahathir memahami bahawa rakyat mnolak GST kerana pernah terbeban dengan pelaksanaan cukai tersebut.

"(Jadi) tidak ada sebabnya kita akan kembali kepada cukai (GST) yang ditolak rakyat dahulu," kata Tun Mahathir.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.




Dikuasakan oleh Blogger.