Tentera Tangkap Dan Polis Serbu Rumah Anggota Utama LTTE - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Tentera Tangkap Dan Polis Serbu Rumah Anggota Utama LTTE


Alamak, ini pasti menjadi satu berita yang tak baik buat pengikut kumpulan pengganas LTTE apabila kini pihak polis telah menyerbu rumah anggota utama Harimau Pembebasan Tamil Eelam, di Ambalamkulam Sri Lanka dan hasil serbuan itu telah berhasil menemui sejumlah besar alat letupan dan senjata api.

Anggota utama LTTE itu adalah Joseph Peter Robinson dan telah ditahan tentera berhampiran jambatan Kiliweddi yang kemudiannya diserahkan kepada polis Kilinochchi bagi siasatan lanjut.

Antara barang yang dirampas adalah alat letupan C4, senapang, 62 peluru 9mm, senapang jarak jauh, pisau, 62 jenis peledak dan magazin.

Polis juga turut menjumpai tshirt yang menunjukkan gambar pengasas mereka iaitu, Velupillai Prabhakaran.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube

Dikuasakan oleh Blogger.