Tawaran Terakhir Akan Diberikan Kepada Pemilik Dan Waris Kampung Baru - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Tawaran Terakhir Akan Diberikan Kepada Pemilik Dan Waris Kampung Baru


Sebelum ini hangat dibincangkan mengenai isu pembelian dan pembangunan Kampung Baru yang melihatkan pihak kerajaan menawarkan beberapa harga kepada penduduk di sana. Jika dilihat kepada tawaran yang diberikan, pihak kerajaan bersetuju untuk menawarkan RM850 sekaki persegi dan bagi penduduk yang memiliki lot seluas 8,000 kaki persegi akan mendapat sehingga RM6 juta.

Tapi, pada minggu hadapan, Menteri Khalid Abdul Samad ada memaklumkan yang pihak kerajaan akan mengumumkan tawaran terakhir kepada penduduk selepas Khalid membuat perbincangan bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan tawaran ini menjurus kepada pemilik dan waris tanah terbabit.

Sebelum ini, Ohmedia ada naikkan artikel yang mendakwa sebanyak 90 peratus pemilik dan waris tanah Kampung Baru bersetuju dengan tawaran harga yang diberikan kerajaan. Kebanyakan mereka hanyalah pemilik bersama yang berkongsi lot tanah bersama tujuh hingga 10 lagi pemilik lain.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube

Dikuasakan oleh Blogger.