Syurga Yang Paling Tinggi - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Syurga Yang Paling Tinggi


SOALAN:
Di akhirat nanti ada banyak syurga yang Allah sediakan bagi orang-orang beriman. Apakah nama syurga yang paling tinggi darjatnya?

JAWAPAN:
Syurga yang paling tinggi darjatnya ialah syurga Firdaus.

Abu Hurairah meriwayatkan:

أنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: إِنَّ فِي الْجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ أَعَدَّهَا اللَّهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِهِ كُلُّ دَرَجَتَيْنِ مَا بَيْنَهُمَا كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَسَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الْجَنَّةِ وَأَعْلَى الْجَنَّةِ وَفَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ وَمِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ
Sesungguhnya Nabi saw bersabda: “Bahawsanya di dalam syurga itu ada seratus darjat yang Allah janjikannya kepada para pejuang pada jalan-Nya. Setiap satu darjat itu jaraknya seluas antara langit dan bumi. Maka apabila kamu meminta syurga dari Allah mintalah syurga Firdaus maka sesungguhnya syurga Firdaus itu ialah syurga yang paling adfhal dan syurga yang paling tinggi. Di atasnya terdapat Arasy Allah dan daripadanya terbit air segala sungai-sungai syurga.” (Riwayat al-Bukhari no. 7027)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.