Syafie Naswip Tertekan Dan Hampir Hilang Job - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Syafie Naswip Tertekan Dan Hampir Hilang Job


Mana-mana pelakon pasti akan rasa tertekan bila kekurangan job. Itulah nasib yang hampir menimpa Syafie Naswip apabila kalau korang perasan, baru-baru ini dia telah melalui satu fitnah yang amat memberi kesan ke atas dirinya.

Syafie juga akui dia amat tertekan dengan tomahan dan serangan dari netizen terhadap berita yang terus disebarkan tanpa usul periksa, sehingga turut memberi kesan kepada perniagaan kecil-kecillannya.

Ketika itu saya dan adik saya mengusahakan perniagaan kecil-kecilan menjual jeruk yang kami panggil MaBoi. Tapi apabila laporan tersebut tersebar, saya jadi malu untuk berjumpa dengan orang. Perniagaan yang dijalankan untuk menampung saat-saat tidak ada 'job' terpaksa dihentikan kerana saya yang sepatutnya menghantar kepada pelanggan, tapi saya tidak mampu berdepan dengan mereka. Mujur pengurus saya meyakinkan kepada pihak produksi bahawa saya boleh melakukan tugas tersebut dan kes tersebut tidak akan mengganggu jadual penggambaran, katanya.

Jadi apa agaknya tindakan yang diambil Syafie sekarang ni? Dari apa yang dinasihatkan oleh peguamnya, Muhammad Ashraff Mohd Diah, bagi membuatkan laporan polis terhadap berita yang tersebar mengatakan dirinya melakukan hubungan sejenis.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.