Suhu Mencecah 46 Darjah Celsius, Qatar Pasang Penyejuk Di Luar - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Suhu Mencecah 46 Darjah Celsius, Qatar Pasang Penyejuk Di Luar


Wow! Sampai macam tu sekali usaha yang dilakukan Qatar untuk menurunkan suhu panas dekat sana. Jika sebelum ini Ohmedia ada naikkan satu artikel yang mengatakan mereka memasang penghawa dingin di dalam stadium bola sepak, sekarang Qatar dikatakan mula memasang penghawa dingin di kawasan luar pula. Macam mana pula tu?

Untuk merealisasikan perkara ini, Qatar telah memasang satu penyejuk gergasi di sepanjang kawasan pejalan kaki dan dikawasan luar pusat membeli belah bagi memastikan orang ramai merasai suasana yang dingin.


Tidak cukup itu, pihak Berkuasa Kerja Raya Qatar juga telah mengecat jalan raya di Jalan Abdullah Bin Jassin dengan warna biru bagi menurunkan suhu sebanyak 15 hingga 20 darjah Celsius. Setakat ini, Qatar telah mencatat suhu sehingga 46 darjah Celsius dan kalau korang nak tahu berkesan atau tidak, korang kenalah pergi melawat Qatar sendiri nanti. Jika berkesan, mungkin usaha ini boleh dipraktikkan di Malaysia juga, hehe.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube


Dikuasakan oleh Blogger.