Semut Punca Lima Orang Doktor Digantung Tugas Termasuk Pakar Bedah! - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Semut Punca Lima Orang Doktor Digantung Tugas Termasuk Pakar Bedah!

Sumber gambar dari DailyAddaa
Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di sebuah hospital kerajaan di India. Tindakan doktor berkenaan membiarkan mayat seorang lelaki sehingga menyebabkan mata mayat berkenaan dihurungi semut.

Sumber gambar dari Sinar Harian
Difahamkan doktor yang mengesahkan kematian dan dua jururawat yang bertugas tidak melakukan apa-apa tindakan terhadap mayat berkenaan setelah lima jam meninggal dunia. Mayat berkenaan merupakan seorang pesakit yang menghidap tibi.

Lebih sadisnya, tular sebuah gambar di media sosial menunjukkan isteri kepada mayat lelaki berkenaan terpaksa membersihkan sendiri mata suaminya yang dihurung semut. Sayangnya Ohmedia tak jumpa gambar berkenaan.

Bagi ketua Menteri Madhya Pradesh, perkara berkenaan sangat memalukan dan tidak boleh diterima. beliau mahu tindakan tegas dijalankan keatas mereka yang bertanggungjawab.

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!
Dikuasakan oleh Blogger.