Semak Kelayakan Permohonan Program Subsidi Petrol 15 Oktober Ini - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Semak Kelayakan Permohonan Program Subsidi Petrol 15 Oktober Ini


Wah! Dalam senyap, tiba-tiba kerajaan umumkan Program Subsidi Petrol yang dikenali PSP pula hari ni. Apa agaknya yang menarik dalam program ni ya? Isu berkenaan harga minyak ni memang menjadi satu topik yang sangat popular di kalangan rakyat. Walaupun sekarang kerajaan telah meletakkan harga siling atau harga maksimum bagi penjualan petrol ini, kebanyakan rakyat masih memerli bila agaknya RM1.5 seliter bakal terlaksanana.

Sayangnya, subsidi yang diperkenalkan kerajaan ini hanya akan memfokuskan kepada golongan bersasar dan adakah pemberian subsidi ini mencukupi? Jom kita lihat.

Majlis pelancaran PSP ini telah diterangkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan mengatakan kadar subsidi petrol adalah RM30 bagi kereta dan RM12 bagi motosikal setiap bulan.

Sumber: Sinar Harian

Ada syarat gais, bagi kereta, pemohon hendaklah memiliki kereta 1,600 cc dan ke bawah dan bagi kereta 1,600 cc ke atas, ianya hendaklah berumur lebih 10 tahun dan ke atas.

Bagi motosikal pula, pemohon hendaklah memiliki motosikal 150 cc ke bawah dan motosikal melebihan 150 cc hendaj=klah berumur 7 tahun dan ke atas.

Subsidi petrol sedia ada secara pukal yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan akan diubah kepada golongan sasar yang layak, iaitu warganegara Malaysia yang sangat memerlukan bantuan tersebut. Bermula 2020, harga petrol RON95 akan diapungkan secara berperingkat sehingga setara dengan harga pasaran, jelanya.

Jadi korang layak atau tidak untuk dapat subsidi ni? Maklumat lanjut, korang boleh terus tengok dekat web psp.kpdnhep.gov.my manakala semakan kelayakan boleh dibuat bermula 15 Oktober depan.

Sumber: Utusan Online

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube

Dikuasakan oleh Blogger.