Sebuah Hotel Dirempuh Kren - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Sebuah Hotel Dirempuh Kren

Gambar Hiasan

Semalam, sebuah kren yang dipandu oleh seorang lelaki yang berusia 30 tahun dikatakan telah hilang kawalan dan terus merepuh sebuah hotel di Jalan Borneo, Kuching kira-kira pada jam 3 petang semalam. Mujur pemandu tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pemandu terbabit dilihat sempat melompat keluar dari kren tersebut sebelum merempuh tiang hotel disitu kata saksi kejadian, Mohd Rizal Kamarul, 23 yang bekerja di kedai serbaneka 24 jam yang berada di sebelah hotel terbabit. Menurutnya juga, mujur kren melanggar tiang hotel tersebut dan tidak merempuh tempat kerjanya. 
Kren rosak di bahagian kabin dan kesemua cermin kren tersebut pecah kerana hilang kawalan dan merempuh tiang. Pemandu tersebut memandu seorang diri dari Jalan Mathies menuju ke Jalan Bukit Mata dan telah disaman mengikut kesalahan Rule 10 LN166/59 kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu.
Sumber : Berita Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

Dikuasakan oleh Blogger.