"Saya Tak Malu Duduk Di PPR" - Haneesya Hanee - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

"Saya Tak Malu Duduk Di PPR" - Haneesya Hanee


Baru-baru ini, Haneesya Hanee memberitahu yang dia rasa bersyukur dengan pemberian Allah SWT apabila dia mendapat rumah PPR yang kini menetap bersama keluarganya. Walaupun dia duduk di PPR, dia tahu asal usulnya dan tak rasa malu pun.

Ya lah, atleast kita ni dapat tempat untuk berteduh dari panas terik dan hujan kan? Kita dapat tempat untuk berlindung pun sudah dikira sebagai rezeki daripada Allah SWT. Cuba tengok nasib orang gelandangan dekat tepi jalan tu. Kesian kan?


Apalah nasib orang gelandangan bila tak ada rumah, pakaian dan makanan tu. Tak apa lah Haneesya, biarlah orang yang mengata tu. Mungkin pada suatu hari nanti Haneesya pula gelak dekat diorang nanti.

Jadikan kecaman daripada netizen ni sebagai motivasi untuk Haneesya bangkit semula dan buktikan kepada diorang semua yang Haneesya lebih hebat dan boleh berjaya pada masa akan datang. Apapun, sis doakan agar Haneesya terus maju jaya dalam industri seni. Amin!

Saya tak malu duduk di PPR. Saya tahu asal usul diri. Bagi saya, isu menetap di kawasan PPR tidak pernah menjadi 'kudis'. Pernah dahulu, kami hidup susah sampai jadi gelandangan dan menumpang rumah orang lain. Apabila mendapat rumah PPR, ia menjadi suatu pemberian Allah yang amat disyukuri. Dapatlah kami anak beranak berteduh daripada panas dan hujan. Saya kenang jasa rumah PPR. Rumah pangsa ini tidak ada salah. Biasalah, tanggapan orang. Keluarga saya seronok hidup berjiran. Ramai jiran saya kenal termasuk ramai yang berniaga makanan, di sini. Kami bergaul rapat dan selalu bertanya khabar. Buat masa sekarang, saya ikut kemampuan dan keperluan. Tak terfikir lagi hendak duduk di rumah lain.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!



Dikuasakan oleh Blogger.