Header Ads

Perdana Menteri Berpendapat Polis Trafik Turut Terpaksa Terbang Jika Kereta Terbang Dijual


Nampaknya harapan rakyat Malaysia untuk melihat kereta terbang pertama di Malaysia dan di dunia terpaksa ditangguhkan lagi apabila Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi bayangan ianya akan ditangguhkan. Sebelum ini, ada menteri yang menyatakan bahawa kereta terbang pertama Malaysia akan ditunjukkan kepada umum tahun ini.

Tetapi, apabila Perdana Menteri ditanya mengenai mengapa kereta terbang tidak termasuk dalam Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030, ini jawapannya.

Kereta terbang akan terbang satu hari nanti tetapi bukan hari ini. Mungkin satu hari nanti boleh terbang guna dron. Buat masa ini, kita belum bersedia. Memang ramai bercakap mengenai kereta terbang. Bayangkan jika semua orang ada kereta terbang, nanti sesak pula di udara dan polis trafik pun kena terbang sekali, jelas Tun Mahathir.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.