Pemimpin DAP Minta 12 Individu Ditahan Dibawa Ke Mahkamah Terbuka - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Pemimpin DAP Minta 12 Individu Ditahan Dibawa Ke Mahkamah Terbuka


Hari ni kita memang tidak dapat lari dengan isu yang hangat dibincangkan iaitu mengenai kumpulan penggans LTTE dan kini beberapa pemimpin DAP telah ditahan dan disoal siasat di bawah SOSMA. Tapi sekarang Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy telah mendesak pula agar SOSMA ini dimansuhkan kerajaan secepat mungkin. Aik, tiba-tiba suruh mansuh cepat.

Tidak cukup dengan itu, DAP juga meminta 12 individu yang ditahan daripada parti DAP dibicarakan ke mahkamah terbuka.

Saya sudah nyatakan sebelum ini, segala akta tidak munasabah seperti SOSMA dan POCA mesti dihapuskan segera. Kalau esok boleh hapuskan SOSMA, bagus la. Saya juga tidak pertikai bukti polis, cuma saya meminta mereka dibicarakan di mahkamah terbuka. Saya minta mereka dibicarakan di mahkamah kerana pada akhir pengadilan bukan polis, bukan peguam bela menentukan nasib mereka tetapi hakim, katanya.

Setakat ini, pihak polis telah mendakwa mereka mempromosi, menyokong, memiliki bahan dan mengagihkan dana ke dalam kumpulan pengganas terbabit.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube

Dikuasakan oleh Blogger.