Header Ads

'Pelik Bin Ajaib' Penjenayah Selamatkan Polis Yang Mengejar Mereka Daripada Lemas?


Sambil lepak-lepak memikirkan esok dah mula kerja ni, Ohmedia tertarik nak kongsikan satu cerita pelik bin ajaib yang berlaku di Sepanyol apabila tiga orang pegawai polis dilaporkan telah diselamatkan sekumpulan penjahat apabila bot polis yang sedang mengejar suspek terbalik ke adalam laut menyebabkan semua anggota polis berkenaan tercampak ke dalam laut.

Penjenayah terbabit dipercayai dikejar pihak polis Sepanyol kerana disyaki mengedarkan dadah. Aksi kejar mengejar antara pihak polis dan suspek bertukar tragedi apabila bot mereka bertembung.



Semasa aksi kejar mengejar itu, kedua-dua bot bertembung menyebabkan tiga anggota polis tercampak ke dalam laut. Namun mereka ditarik keluar dari laut oleh empat penjenayah tanpa mengalami sebarang kecederaan, kata jurucakap polis.

Jadi diorang kena tangkap atau tidak? Malangnya suspek tetap ditahan pihak polis apabila menjumpai 80 bungkus dadah jenis kanabis yang terjatuh di atas permukaan laut.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube

Dikuasakan oleh Blogger.