Pelajar Tahfiz Disimbah Air Panas Oleh Rakan Semasa Tidur - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Pelajar Tahfiz Disimbah Air Panas Oleh Rakan Semasa Tidur


Akibat mulut, badan binasa. Inilah yang mungkin berlaku ke atas seorang pelajar Tahfiz yang berusia 13 tahun dan telah mengalami kecederaan apabila disimbah air panas ketika sedang tidur. Pelakunya merupakan seorang pelajar Tahfiz juga berusia 12 tahun dan ia berpunca dari pertengkaran dan ejek-mengejek.

Punca kejadian ini dilaporkan oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail yang mengatakan kejadian itu berlaku pada awal pagi dan pelajar 12 tahun itu bertindak menjirus air panas akibat rasa tidak puas hati semasa bergaduh.

Mangsa yang kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur dan dilaporkan mengalami kecederaan kira-kira 13 peratus di bahagian badan akibat daripada kejadian tersebut, katanya.

Perkara ini turut telah dijelaskan oleh Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Muhammad Zahid Mahmod ketika dihubungi menjelaskan, insiden itu bukanlah kes buli seperti yang didakwa sebaliknya hanyalah perselisihan faham dan saling ejek-mengejek antara mangsa dengan pelaku.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Youtube

Dikuasakan oleh Blogger.