Header Ads

Lihat Reaksi Nenek Ini Apabila The Rock Ucap Hari Jadi Ke-100


Ewah-ewah, seronoknya dia ada lelaki sado ucap selamat hari lahir. Aha gais! Bukan lelaki sado biasa-biasa tau, tapi nenek ni dapat ucapan hari lahir dari Dwayne Johnson atau The Rock.

Untuk pengetahuan korang, nenek ini sedang menyambut ulang tahunnya yang ke-100 tahun dan reaksi Marie Grover ini amat terkejut dan dapat dilihat dia sangat gembira kerana dikatakan, nenek ini amat meminati The Rock.

Tengoklah tu, senyum sampai ke telinga nenek tu, hehe.


Tapi, ini semua takkan berlaku jika cucu kepada Marie iaitu Jamie Klinger tidak berusia untuk menarik perhatian The Rock. Dapat dilihat sebelum itu, Jamie telah menegur The Rock di Twitter dan berharap sekiranya The Rock dapat membuat sedikit video ucapan kepada neneknya.

Apa yang mengejutkan adalah, The Rock memberikan respon yang amat sempoi dan The Rock juga amat tertarik dengan umur neneknya yang mencapai 100 tahun.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! You Tube


Dikuasakan oleh Blogger.