Mayat Rentung Dalam Kontena - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Mayat Rentung Dalam Kontena

Sekadar Gambar Hiasan

Seorang mayat wanita ditemui rentung dalam kebakaran sebuah kontena berhampiran dengan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Kuantan, pagi tadi. Mangsa dipercayai berumur lingkungan 20-an.

Kebakaran telah menyebabkan kabin kontena tersebut sepenuhnya musnah dan mayat wanita tu dipercayai telah terperangkap di dalam. Api berjaya dikawal kira-kira 15 minit kemudian. Punca terjadinya kebakaran tidak dapat dikenalpasti dan masih lagi di dalam siasatan.

Dikatakan Kabin Kontena terbabit pernah dijadikan surau dan tempat-tempat tinggal pekerja disitu oleh Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan.

Pihak Polis akan menjalankan siasatan sebelum mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

Sumber : Berita Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

Dikuasakan oleh Blogger.