Mawar Rashid Kena Rasuk? - Oh! Media

OM Leaderboard Ad

Mawar Rashid Kena Rasuk?


Kesian Mawar Rashid penat sampai suara pun dah tak ada sebab asyik jerit time shooting untuk telemovie terbaru arahan Michael Ang, Penaklukan Syaitan. Walau bagaimanapun, watak dia sebagai Miza memang mantap gila gais! Ingat senang nak berlakon watak macam tu?


Sis tengok behind the scenes pun dah meremang bulu roma bila tengok Mawar buat watak macam kena rasuk. Aduh, tak sabar nak tengok telemovie ni yang akan keluar tak lama lagi pada 19 October jam 9 malam di Astro Citra dan Citra HD.

Psst...dengar cerita Ben Amir pun berlakon dalam cerita tu tau. Hehehe alaa yang watak hero dalam drama Sweet Dreams bersama Mira Filzah tu. Dia pun jadi hantu juga nanti, pergh! Sis tak boleh bayang dah ni.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!





Dikuasakan oleh Blogger.